REFLEXSOLOGY
Selasa, 16 Julai 2019
Ahad, 13 Ogos 2017
REFLEX JARIKU SERVICES
Reflex Jariku Services merupakan sebuah Pusat Rawatan & Latihan yang bertaraf bumiputera dan dimiliki sepenuhnya oleh oku penglihatan. Reflex Jariku Services telah beroperasi dan didaftarkan di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia bermula awal April 2004. Reflex Jariku Services mempunyai pekerja oku penglihatan seramai 15 orang yang berkhidmat di HQ, Uptown Danau Kota Kl termasuk Cawangan Ipoh Perak. Mereka ini mempunya Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang tersebut yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dan sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Reflex Jariku Services di HQ terletak di alamat no. 21a jln jernai 2 medan idaman gombak kl dan beroperasi dari jam 11.00 pg - 8.00 mlm setiap hari kecuali hari jumaat ditutup.
Reflex Jariku Services Cawangan Uptown Danau Kota pula terletak di bazar larut mlm uptown danau kota setapak kl berhadapan dgn stesen minyak shell dan beroperasi dari jam 10.00 mlm - 3.00 pg setiap hari kecuali mlm isnin dan selasa.
Cawangan Ipoh Perak pula beroperasi di alamat Sb13 tingkat bawah medan selera angsana mall ipoh jln hospital greentown ipoh perak. Beroperasi jam 10.00 pg - 8.00mlm setiap hari.
Pusat Latihan ini mempunyai seorang tenaga pengajar yang pakar dalam bidang NOSS yang dilantik oleh pihak JPK dan juga 2 orang tenaga pengajar terdiri daripada oku penglihatan lantikan daripada pihak JPK. Pusat latihan ini juga mempunyai seorang penasihat iaitu YBhg. Temenggong Datuk Jaffry Ayah@Yahya (Speaker Trainer Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia) membolehkan Pusat ini bergerak lebih jauh lagi.
Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kemudahan penginapan dan pengangkutan bagi pekerja dan peserta kursus yg tinggal jauh, Masa cuti/rehat yang mencukupi, komisyen yang tinggi dan lain-lain lagi.
Perkhidmatan yang di sediakan di Pusat ini adalah seperti
1. Pusat latihan yang berkaitan bidang Refleksoligi dan Terapi Badan
2. Mengurus dan sebagai penyelaras bengkel Sijil Kemahiran Malaysia unt semua golongan.
3. Sebagai tempat rawatan
4. Tempahan roadshow/hause call di semua tempat dan kawasan termasuk disetiap negeri di Malaysia.
Buat pengetahuan semua, pusat ini bekerjasama dan dibawah naungan Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia juga dibantu dan disokong oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKl serta Jabatan Tenaga Kerja WPKL melalui SBGOKU.
Pusat ini amat menghargai jasa baik dan keperihatinan di setiap pengorbanan dan perkongsian rezeki dalam apa jua bentuk kepada kami warga cacat penglihatan.
Carta organisasi
1. Ybhg temenggong Datuk Jaffty (penasihat)
2. Mohd faiz(pengurus operasi & tenaga pengajar)
3. Noor hazira (pengurus pentadbiran & kewangan)
4. Zabariah (pengurus cawangan ipoh perak)
5. Mohd hafiz(pengurus cawangan uptown danau kota kl)
Juru urut di uptown dan hq 1. Mohd ramzi 2. Mohd hizami 3. Mohd hafiz 4. Hadi 5. Sulaiman 6. Abu hurairah 7. Zaren 8. Mohd faiz 9. Noor hazira 10. Mazli syah (pemandu van)
Juru urut di cawangan ipoh perak 1. Shahrizal 2. Zul haziq 3. Azizi 4. Aida 5. Zabariah 6. Syakirin (pemandu kereta)
Isnin, 7 Ogos 2017
Akupuncture
Rabu, 2 Ogos 2017
APA ITU BEKAM
Rawatan Bekam Sunnah
"Mencegah Dan Merawat Penyakit Dengan Berbekam"
Apa Itu Bekam ?
Secara mudahnya, bekam atau berbekam adalah merupakan proses membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris pula ianya disebut sebagai Cupping.
Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Di antara sebab atau punca kehadiran toksin di dalam tubuh badan manusia ialah pencemaran udara, kandungan makanan masa kini yang mengandungi zat kimia yang tidak baik seperti bahan pengawet, pewarna, bahan berisa dan seumpamanya. Hasil pertanian yang diurus secara moden juga tidak ketinggalan dari masalah racun makhluk perosak. Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah ini. Tidak ketinggalan juga penggunaan ubat-ubatan moden yang bersumberkan bahan kimia, yang mampu memberikan kesan sampingan merosakkan organ dan mikro organisma baik di dalam sistem tubuh badan.
Darah kotor yang mengandungi toksin ini juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah daripada berjalan lancar.
KEUTAMAAN BERBEKAM.
Di dalam agama Islam, amalan berbekam adalah merupakan sunnah para rasul, sebagaimana yang tertera di dalam hadis yang bermaksud :
“ Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.” ( Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas)
Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini. Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :
Dalam riwayat Tirmizi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :
“ Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam! ’” (Sohihul Jami’ : 5671)
Dari Ibnu ‘Abbas r.a :
“ Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam! ”(Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).
Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat pula menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam. Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan
Selain daripada dua hadis yang telah dinyatakan di atas tadi, tedapat beberapa lagi hadis yang berbicara mengenai kehebatan amalan bekam. Ini sekali lagi menunjukkan betapa aktiviti berbekam itu mempunyai manfaat yang besar kepada umat manusia, dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.
Silalah memperhalusi hadis-hadis lain bagi memperkuatkan keyakinan anda terhadap kegiatan bekam sebagai penyembuh dan pencegah penyakit yang sangat berkesan :
MENGAPA HARUS BERBEKAM ?
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.
Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat.
KEBAIKAN BERBEKAM
Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.Membantu menghilangkan pening dan migrain.Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
Tidak Boleh Makan Sekurangnya 1 JAM SEBELUM Berbekam Sebaik 3 JAM.Tidak Boleh Makan 1 JAM SELEPAS BerbekamDi Galakkan Minum Air Bergula atau MADU SELEPAS Berbekam.
SYARAT UNTUK BERBEKAM
Tidak Boleh Makan Sekurangnya 1 JAM SEBELUM Berbekam Sebaik 3 JAM.Tidak Boleh Makan 1 JAM SELEPAS BerbekamDi Galakkan Minum Air Bergula atau MADU SELEPAS Berbekam.
KAEDAH BEKAM
Kaedah rawatan akan dilakukan di titik-titik penting di kawasan organ utama badan dan juga titik sunnah.Melalui proses ini sel darah merah yang mati dan toksid serta angin dapat di keluarkan dari dalam badan.Selepas berbekam darah kotor akan keluar agak bertali & tempat dibekam akan kelihatan berwana kehitaman.
HARI YANG DIGALAKKAN BERBEKAM
Hari yang sangat baik untuk berbekam ialah ISNIN, SELASA dan KHAMIS. Sementara hari yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah pada hari RABU dan malam Rabu.Sementara tarikh yang terbaik untuk berbekam di dalam sebulan ialah pada 17, 19 dan 21 haribulan pada bulan Islam Pada tarikh-tarikh ini, darah kotor akan keluar di dalam kuantiti yang lebih banyak.
KEKERAPAN BERBEKAM
Bagi orang yang sihat tubuh badan, disyorkan berbekam setiap 4 bulan, pada pertengahan bulan Islam iaitu pada 17, 19, dan 21 haribulan secara istiqamah.Bagi yang berpenyakit, dan mahu merawat penyakit tersebut melalui kaedah bekam, disyorkan berbekam sebulan sekali, sebanyak tiga kali berturut-turut di peringkat awal. Kemudian, setelah sembuh, bolehlah berbekam 4 bulan sekali sebagaimana orang sihat.
Selasa, 18 April 2017
JENIS PERKHIDMATAN
Refleksologi bukanlah satu pengubatan. Dalam kaedah urutan refleksologi ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan. Rawatan melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan. Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari sakit.
Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan penyakit, akan tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus penyebab/punca kepada penyakit. Apabila punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna sudah selesai sakit tersebut/penyakit sudah pun sembuh.
PENGERTIAN URUT REFLEKSOLOGI
Merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.
TUJUAN / MANFAAT URUT REFLEKSOLOGI PADA TUBUH
Kaedah rawatan refleksologi ini mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dan memulihkan fungsi-fungsi anggta badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak. Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat. Jadi secara umumnya tujuan/manfaat rawatan refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.
CARA KERJA URUT REFLEKSOLOGI
Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapat kelegaan daripada sakit dan kesakitan yang kita lihat seperti sakit jantung, pointnya ada pada kaki sebelah kiri.
Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat di kanan dan kiri kaki.
Ia sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir di tapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.
Sebagaimana yang diketahui bahawa darah mengalir di dalam tubuh setiap masa. Bila jantung menguncup, ia memberi tekanan kepada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh. Sebaliknya bila jantung mengembang, darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke orga-organ pembuangan. Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air kencing. Bila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal. Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.
Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh ( arteri ) tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu. Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis". Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu. Apabila fungsi organ terganggu, maka seseorang itu akan sakit. Begitu juga bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak akan terbuang. Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh. Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit. Penyakit terjadinya penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah "varicosevena".
Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran atau sumbatan pada saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya. Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna. Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid samada karbn dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.
Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :
1) Kencing
2) Berak
3) Peluh
4) Pernafasan
bahawa betapa pentingnya penjagaan kedua-dua tapak kaki ini. Gunalah kaedah urutan refleksologi ini dalam merawat / memperbetulkan fungsi-fungsi organ dalam badan. Dengan urutan refleksologi ini ia akan melancarkan peredaran darah dalam badan sekaligus menyahkan punca kepada penyakit. Urutlah refleksolohi dengan memberi tumpuan kepada organ-organ yang disentuh. Ini adalah kaedah terbaik Walau bagaimanapun, urutan refleksologi yang berterusan dan buat sekerap mungkin adalah sangat membantu mempercepatkan pulih dari sakit. Perlu diingat juga, urutan refleksologi hanya dapat merawat kes-kes ringan sahaja. Untuk kes-kes berat ia perlu disertai dengan kaedah rawatan bekam. Maka bekam selepas mendapat urutan refleksologi adalah sangat-sangat bagus.
Tindakbalas Selepas Urutan Refleksologi
* Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa. Kadang-kadang ada yang keluar berpasir.
* Bahagian-bahagian tertentu dari anggota akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian akan hilang dengan sendirinya atau kesakitan itu akan berpindah ke tempat lain.
* Rasa letih, lesu dan mengantuk.
* Timbul gatal-gatal pada kulit
* Berak cair atau berminyak
* Kepala terasa sakit
* Muntah-muntah
* Banyak buang angin
* Urat darah nampak timbul
* Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat
* Rasa lebih ringan dan lebih cergas
s
Terapi ururan dapat memanipulasi tisu-tisu lembut pada tubuh untuk meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan meningkatkan pengaliran dan flexibiliti.
Urutan ini diamalkan oleh orang-orang melayu melalui proses turun-temurun lagi. Seseorang yg menghadapi kesakitan seperti demam, sakit seluruh badan, stress, urutan selepas bersalin, tersalah urat dan sebagainya akan mengamalkan kaedah ini unt kesembuhan.
Cara urutan bagi juruterapi kebiasaannya menggunakan tapak tangan, ibu jari, jejari, siku dan kadang kala kaki atas kesesuaian untuk memberikan tekanan pada otot di tempat-tempat berkenaan.
Apabila diamalkan secara betul, ianya dapat mempercepatkan proses penyembuhan kepada otot-otot yang cedera iaitu dapat meningkatkan bekalan oksigen kepada otot yang telah rosak
Ururan terapi ini boleh dilaksanakan mengikut kemampuan sekurang-kurang sebulan sekali.
PUSAT LATIHAN
REFLEX JARIKU SERVICES merupakan Pusat Latihan Kemahiran & Rawatan bagi bidang Refleksologi dan urutan terapi yg di lantik oleh JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN sebagai PUSAT PENYELARAS BAGI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA dlm bidang tersebut.
Reflex Jariku Services juga bekerjasama dgn Pusat Kecemeelangan Ilmu Sepanjang Hayat (PEEKISH) beenaung d bawah Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU penglihatan Malaysia bagi menguruskan Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang yg sama kepada golongan OKU Penglihatan.
Reflex Jariku Services telah membuka beberapa cawangan dan melantik kios kepunyaan oku penglihatan di setiap Negeri di Malaysia bagi memudahkan pusat ini untuk mengembangkan perniagaan dan mencurahkan ilmu serta rawatan kpd semua masyarakat dlm penjagaan kesihatan dengan kaedah perubatan tradisional .
Reflex Jariku Services telah merangka sukatan pengajian bagi bidang tersebut mengikut peraturan yg dkehendaki/ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK mengikut NOSE.. walau bagaimana pun Reflex Jariku Services akan tetap menjaga mutu dan kualiti yg sedia ada d pusat latihan kemahiran ini supaya pengeluaran produk kami akn sentiasa terpelihara dan terjamin.
Reflex Jariku Services telah mencipta pecahan sukatan pengajian sebanyak 7 sukatan daripada 10 sistem dan 64 poin supaya mudah unt di pelajari seperti berikut :
1. Sistem perkencingan
2. Sistem penghadaman
3. Sistem jantung, limpa & saraf kepala
4. Sistem hormon & saraf tulang belakang
5. Sistem pernafasan
6. Sistem saraf tangan, kaki & telinga
7. sistem pertahanan
Untuk mempelajari keseluruhan sistem di dlm badan yang berada di tapak kaki mengambil masa selama 2 hari dengan syarat individu tersebut mempunyai asas refleksologi dgn kaedah rokshow tertakluk kpd kefahaman individu tersebut manakala sistem di tangan dan telinga pula memakan masa selama 1 hari seperti jadual berikut:
Hari pertama
1. mengenal apa itu refleksologi/terapi badan faedah & kebaikan , larangan, peralatan & pengenalan kaki/badan
2. mengenal titik2 refleksologi kaki /terapi badan
Hari ke dua
1. Penyediaan rawatan
2. Teknik & tekanan urutan
3. Praktikel & dan amali
KURSUS TAMBAHAN
1. Mengenal titik-titik reflek di tangan.
2. Mengenal titik-titik refleksologi telinga
3. Ujian kefahaman tiori dan amali
Setelah tamat pengajian peserta akan diberi ssijil penyertaan kursus dan latihan kemahiran yg ditanda tangani oleh Tenaga pengajar yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan penasihat Pusat ini.
Kos pembayaran RM750 seorang(nota & peralatan disediakan) untuk 2 hari bagi normal penglihatan dan RM450 unt oku penglihatan manakala tambahan RM150 seorg unt kos kursus tambahan tersebut.
Pusat ini juga menyediakan pakej berkumpulan seperti berikut :
* pakej 1 : untuk 2 org rm1,300
* pakej 2 : untuk 4 org rm2,200
* pakej 3 : untuk 8 org rm3,600
Untuk menduduki peperiksaan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA dalam bidang tersebut wajib berpengalaman selama tiga tahun dan wajib menghadiri bengkel SKM selama 2 hari dengan bayaran RM900 seoeang (normal penglihatan) tertakluk kpd kelulusan temuduga calon manakala oku penglihatan hanya membayar RM250 unt kos bengkel sahaja, kos lain ditanggung oleh kerajaan seperti pecahan berikut:
1. Yuran peperiksaan dibayar kpd JPK rm300
2. Yuran bengkel dan pentadbiran RM600
Untuk makluman, SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM) ini akan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran sendiri selama 3 bulan bermula tarikh bengkel tersebut kerana bengkel tersebut juga dikendalikan oleh pihak JPK.
Berminat dan sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi hazira di talian 019-2525351
MAKLUMAT AKAUN BANK : AMBANK REFLEX JARIKU SERVICES : 0232-0220-02177
Yang menjalankan tugas ,
Noor Hazira Mohd Noor Pengurus Pentadbiean & Kewangan Pusat Latihan Kemahiran & Rawatan Reflex Jariku Services Merangkap Pengerusi Pusat Kecemeelangan Ilmu Sepanjang Hayat (PERKISH), Penyelaras Sijil Kemahiran Malaysia (JPK), Bendahari pertibuhan & Bendahari Koperasi org buta.
SENARAI KURSUS & BENGKEL YANG TELAH DIADAKAN DI PUSAT INI
KURSUS URURAN REFLEKSOLOGI TARAPUTIK TANGAN
kursus ini akan diadakan seperti maklumat berikut:
1. Tarikh : 7 Mei 2017 (ahad)
2. Masa : 9.00 pg - 4.30 ptg
3. Tajuk : Urutan refleksologi taraputik tangan
4. Tenaga pengajar : DR. HIZANI PAKAR NOUS DARI JPK
5. Yuran penyertaan : RM100 unt oku dan rm150 unt org normal
6. Jumlah peserta : hanya 12 org diperlukan unt satu sesi ( yang hadir 7 org oku penglihatan & 2 org normal penglihatan)
7. Tempat kursus : Bilik latihan RJS no, 21a jln hernai 2 medan idaman gombak kl
8. Keperluan : hanya sijil dan nota disediakan.
Nota : berminat sila mendaftar sekarang sebab tempat terhad.di talian 0172515211