Ahad, 13 Ogos 2017

REFLEX JARIKU SERVICES

Reflex Jariku Services merupakan sebuah Pusat Rawatan & Latihan yang bertaraf bumiputera dan dimiliki sepenuhnya oleh oku penglihatan. Reflex Jariku Services telah beroperasi dan didaftarkan di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia bermula awal April 2004. Reflex Jariku Services mempunyai pekerja oku penglihatan seramai 15 orang yang berkhidmat di HQ, Uptown Danau Kota Kl termasuk Cawangan Ipoh Perak. Mereka ini mempunya Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang tersebut yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dan sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia 

Reflex Jariku Services di HQ terletak di alamat no. 21a jln jernai 2 medan idaman gombak kl dan beroperasi dari jam 11.00 pg - 8.00 mlm setiap hari kecuali hari jumaat ditutup.

Reflex Jariku Services Cawangan Uptown Danau Kota pula terletak di bazar larut mlm uptown danau kota setapak kl berhadapan dgn stesen minyak shell dan beroperasi dari jam 10.00 mlm - 3.00 pg setiap hari kecuali mlm isnin dan selasa.

Cawangan Ipoh Perak pula beroperasi di alamat Sb13 tingkat bawah medan selera angsana mall ipoh jln hospital greentown ipoh perak. Beroperasi jam 10.00 pg - 8.00mlm setiap hari.

Pusat Latihan ini mempunyai seorang tenaga pengajar yang pakar dalam bidang NOSS yang dilantik oleh pihak JPK dan juga 2 orang tenaga pengajar terdiri daripada oku penglihatan lantikan daripada pihak JPK. Pusat latihan ini juga mempunyai seorang penasihat iaitu YBhg. Temenggong Datuk Jaffry Ayah@Yahya (Speaker Trainer Kementerian  Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia) membolehkan Pusat ini bergerak lebih jauh lagi.

Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kemudahan penginapan dan pengangkutan bagi pekerja dan peserta kursus yg tinggal jauh, Masa cuti/rehat yang mencukupi, komisyen yang tinggi dan lain-lain lagi.

Perkhidmatan yang di sediakan di Pusat ini adalah seperti
1. Pusat latihan  yang berkaitan bidang Refleksoligi dan Terapi Badan
2. Mengurus dan sebagai penyelaras bengkel Sijil Kemahiran Malaysia unt semua golongan.
3. Sebagai tempat rawatan
4. Tempahan roadshow/hause call di semua tempat dan kawasan termasuk disetiap negeri di Malaysia.

Buat pengetahuan semua, pusat ini bekerjasama  dan dibawah naungan Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan  Malaysia juga dibantu dan disokong oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKl serta Jabatan Tenaga Kerja WPKL melalui SBGOKU.

Pusat ini amat menghargai jasa baik dan keperihatinan di setiap pengorbanan dan perkongsian rezeki dalam apa jua bentuk kepada kami warga cacat penglihatan.

Carta organisasi

1. Ybhg temenggong Datuk Jaffty (penasihat)

2. Mohd faiz(pengurus operasi & tenaga pengajar)

3. Noor hazira (pengurus pentadbiran & kewangan)

4. Zabariah (pengurus cawangan ipoh perak)

5. Mohd hafiz(pengurus cawangan uptown danau kota kl)

Juru urut di uptown dan hq 1. Mohd ramzi                       2. Mohd hizami                      3. Mohd hafiz                        4. Hadi                                    5. Sulaiman                             6. Abu hurairah                      7. Zaren                                   8. Mohd faiz                           9. Noor hazira                        10. Mazli syah (pemandu van)

Juru urut di cawangan ipoh perak                                        1. Shahrizal                             2. Zul haziq                            3. Azizi                                     4. Aida                                     5. Zabariah                             6. Syakirin (pemandu kereta)


Cawangan uptown danau 


Kursus/latihan

Isnin, 7 Ogos 2017

Akupuncture

Rawatan Alternatif iaitu rawatan akupunktur Akupunktur dan kelebihannya Mungkin ada yang pernah mendengar tentang rawatan akupunktur melalui media dan hiburan seperti filem-filem kung-fu dan sebagainya atau mungkin juga ada yang pernah mendapatkan rawatan akupunktur. Apa pun akupunktur tidak asing lagi dalam menjadi perawatan alternatif bagi masyarakat dunia. Apa itu Akupunktur? Akupunktur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai "acupuncture point" atau titik akupunktur. Jarum akupunktur yang sangat halus Tujuan akupunktur adalah untuk merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. Apabila jarum akupunktur dicucuk maka secara automatiknya saraf di kawasan yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah di kawasan tersebut. Akupunktur telah diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau. Maka ahli-ahli perubatan memberi penghormatan mereka kepada China walaupun akupunktur telah digunakan oleh masyarakat tamadun lain seperti orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno dan India. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Cina merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah di dalam perubatan akupunktur. Segala penemuan dan pemerhatian di dalam perawatan dicatit di dalam buku yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga pada hari ini. Malah Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk "Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine" pada tahun 2000 sebelum masihi. Buku yang diterjemahkan masih ada di simpanan seorang penulis di Beijing, China. Akupunktur dan Perubatan Islam Ramai yang tidak sedar bahawa akupunktur sebenarnya adalah pecahan daripada bekam yang merupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. Setelah sahabat Rasulullah s.a.w. tiba di China dalam memperkembangkan agama Allah maka perawatan bekam juga diperkenalkan di sana. Setelah berkurun lamanya orang China membuat kajian mengenai bekam maka mereka mendapati akupunktur adalah pecahan daripada bekam. Tetapi umat Islam perlu pentingkan bekam kerana ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan selain dapat meningkatkan mutu kesihatan umat Islam juga mendapat pahala dan syafaat di padang mahsyar kelak. Insya Allah. Akupunktur boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak ada pantang berbeza dengan bekam yang mana tidak semua orang boleh dibekam. Sebagai contoh pesakit kencing manis tahap yang serius tidak boleh dibekam kerana dikhuatiri kulitnya lambat sembuh. Boleh juga dibekam pesakit tersebut cuma mereka yang pakar sahaja tahu bagaimana melakukannya. Kelebihan Akupunktur Merangsang atau mengaktifkan saraf Menstabilkan pengaliran darah Menormalkan tekanan darahMerangsang tenaga ChiMengatasi pelbagai penyakitTidak menggunakan dadahTidak ada kesan sampinganKos efektif (tidak memerlukan belanja yang besar)Mengeluarkan bisa terkena sihir (jika ada)Melegakan kesakitanMengatasi kemurunganMeningkatkan kecerdasanMengatasi masalah rabunDan banyak lagi

Rabu, 2 Ogos 2017

APA ITU BEKAM

Rawatan Bekam Sunnah 
"Mencegah Dan Merawat Penyakit Dengan Berbekam"

Apa Itu Bekam ?

Secara mudahnya, bekam atau berbekam adalah merupakan proses membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris pula ianya disebut sebagai Cupping.

Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Di antara sebab atau punca kehadiran toksin di dalam tubuh badan manusia ialah pencemaran udara, kandungan makanan masa kini yang mengandungi zat kimia yang tidak baik seperti bahan pengawet, pewarna, bahan berisa dan seumpamanya. Hasil pertanian yang diurus secara moden juga tidak ketinggalan dari masalah racun makhluk perosak. Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah ini. Tidak ketinggalan juga penggunaan ubat-ubatan moden yang bersumberkan bahan kimia, yang mampu memberikan kesan sampingan merosakkan organ dan mikro organisma baik di dalam sistem tubuh badan.

Darah kotor yang mengandungi toksin ini juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah daripada berjalan lancar.

KEUTAMAAN BERBEKAM.

Di dalam agama Islam, amalan berbekam adalah merupakan sunnah para rasul, sebagaimana yang tertera di dalam hadis yang bermaksud :

“ Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.” ( Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas)

Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini. Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :

Dalam riwayat Tirmizi  dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :

“ Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun  pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam! ’” (Sohihul Jami’ : 5671)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a :

“ Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam! ”(Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).

Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat pula menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam. Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan

Selain daripada dua hadis yang telah dinyatakan di atas tadi, tedapat beberapa lagi hadis yang berbicara mengenai kehebatan amalan bekam. Ini sekali lagi menunjukkan betapa aktiviti berbekam itu mempunyai manfaat yang besar kepada umat manusia, dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.

Silalah memperhalusi hadis-hadis lain bagi memperkuatkan keyakinan anda terhadap kegiatan bekam sebagai penyembuh dan pencegah penyakit yang sangat berkesan :

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat.

KEBAIKAN BERBEKAM

Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.Membantu menghilangkan pening dan migrain.Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Tidak Boleh Makan Sekurangnya 1 JAM SEBELUM Berbekam Sebaik 3 JAM.Tidak Boleh Makan 1 JAM SELEPAS BerbekamDi Galakkan Minum Air Bergula atau MADU SELEPAS Berbekam.

SYARAT UNTUK BERBEKAM

Tidak Boleh Makan Sekurangnya 1 JAM SEBELUM Berbekam Sebaik 3 JAM.Tidak Boleh Makan 1 JAM SELEPAS BerbekamDi Galakkan Minum Air Bergula atau MADU SELEPAS Berbekam.

KAEDAH BEKAM

Kaedah rawatan akan dilakukan di titik-titik penting di kawasan organ utama badan dan juga titik sunnah.Melalui proses ini sel darah merah yang mati dan toksid serta angin dapat di keluarkan dari dalam badan.Selepas berbekam darah kotor akan keluar agak bertali & tempat dibekam akan kelihatan berwana kehitaman.

HARI YANG DIGALAKKAN BERBEKAM

Hari yang sangat baik untuk berbekam ialah ISNIN, SELASA dan KHAMIS. Sementara hari yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah pada hari RABU dan malam Rabu.Sementara tarikh yang terbaik untuk berbekam di dalam sebulan ialah pada 17, 19 dan 21 haribulan pada bulan Islam Pada tarikh-tarikh ini, darah kotor akan keluar di dalam kuantiti yang lebih banyak.

KEKERAPAN BERBEKAM

Bagi orang yang sihat tubuh badan, disyorkan berbekam setiap 4 bulan, pada pertengahan bulan Islam iaitu pada 17, 19, dan 21 haribulan secara istiqamah.Bagi yang berpenyakit, dan mahu merawat penyakit tersebut melalui kaedah bekam, disyorkan berbekam sebulan sekali, sebanyak tiga kali berturut-turut di peringkat awal. Kemudian, setelah sembuh, bolehlah berbekam 4 bulan sekali sebagaimana orang sihat.



Selasa, 18 April 2017

JENIS PERKHIDMATAN

Jadual baru waktu beroperasi bermula 5 mach 2021 yg beralamat di reflex jariku services HQ no. 21a tingkat 1 jln jernai 2 medan idaman gombak kl seperti berikut :

Tingkat 1
Hari  sabtu - khamis
Jam 11.00 pg - 12.00 mlm
Hari jumaat
Jam 6.00 ptg - 12.00 mlm

Tapak bawah kedai
Sabtu - jumaat
Jam 8.00 mlm - 12.00 mlm

Untuk booking /maklumat lanjut
Hubungi
Kedai : 03-40221911
Handfone : 0192525351

Cawangan Ipoh
Urut & refleksologi no. Sb13 ground floor (medan selera) angsana mall ipoh, jln hospital greentown ipoh perak.

Beroperasi
Jam 10.00 pg - 8.00 mlm setiap hari
Sila buat booking
Kedai : 0172112021
Handfone : 0122611011 / 0133933872

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN.
1.Refleksologi tapak kaki - betis 30minit rm30 / 60minit rm50.
2. Urut seluruh badan yg melibatkan seluruh anggota badan kecuali dibahagian depan badan dan tapak kaki 60minit rm60 
3. Urut separuh badan pula urutan bermula dari pinggang - kepala 30minit rm35
4. Urut bahu yg melibatkan bahagian bahu badan, leher, tangan dan kepala 30minit rm25
5. Sauna herba 25minit + urut seluruh badan 45minit rm70
6. Kursus urut refleksologi /urut seluruh badan unt 2 hari rm650 seorg
7. Kursus urut tangan/telinga unt 1 hari rm150
8. Rawatan akupunture unt 1 perkhidmatan (30-45 minit)rm70
9. Kursus refleksologi + urut badan 4 hari rm1000 seorang
10. Pakej Refleksologi beekumpulan 6 org rm300 termasuk bayaran kos pengangkutan.



RAWATAN SAUNA HERBA
HANYA DI HQ

FAEDAH ATAU KEBAIKAN BERSAUNA Faedah Bersauna Asal usul mandi wap   Asal usul mandi wap boleh di imbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu. Di zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan olah masyarakant Rom dan ianya dikenali sebagai “Sudatorium”. Di zaman masyarakat empayar Turki (Persia), tempat mandi wap awam dikenali sebagi “Hamam”, manakala di Rusia, ianya dikenali sebagai “Banja”. Dalam erti kata lain, mandi wap sudah manjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lampau untuk menjaga kesihatan & kecergasan. Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden. Mandi wap tradisional melayu Pada masa dahulu, malah masih di amalkan di setengah tempat, amalan mandi wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk. Pesakit diletak dekat dengan periuk tadi dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap. Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidapi demam, biasanya demamnya akan sembuh. Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah, akar-akar kayu dan lain-lain lagi. Keberkesanannya telah terbukti sejak turun temurun di mana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kini, sistem merebus dan penyaluran wap herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkidmatan telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam suasana yang lebih nyaman dan selesa. Kesan mandi wap herba Wap herba memberi kesan kepada tubuh dengan cara: Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system “kadiovaskular”. Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menlebarkan slauran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap. Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan. Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur. Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah). Khasiat – kasiat lain adalah: ~ Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan. ~ Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak. ~ Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit. ~ Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda. Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin. Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar. Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll. Meningkatkan sistem kardiovascular Menghilangkan tekanan dan perehatan otot Melancarkan peredaran darah Meningkatkan sistem immunisasi badan Mengurangkan prostr



RAWATAN REFLEKSOLOGI
(URUT TAPAK KAKI)

Refleksologi bukanlah satu pengubatan.  Dalam kaedah urutan refleksologi ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan.  Rawatan melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan.  Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari sakit.

Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan penyakit, akan tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus penyebab/punca kepada penyakit.  Apabila punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna sudah selesai sakit tersebut/penyakit sudah pun sembuh. 

PENGERTIAN URUT REFLEKSOLOGI

Merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.

TUJUAN / MANFAAT URUT REFLEKSOLOGI PADA TUBUH

Kaedah rawatan refleksologi ini mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dan memulihkan fungsi-fungsi anggta badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.  Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat.  Jadi secara umumnya tujuan/manfaat rawatan refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.

CARA KERJA URUT REFLEKSOLOGI

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki kita.  Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapat kelegaan daripada sakit dan kesakitan yang kita lihat seperti sakit jantung, pointnya ada pada kaki sebelah kiri.

Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat di kanan dan kiri kaki.

Ia sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir di tapak kaki kita.  Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

Sebagaimana yang diketahui bahawa darah mengalir di dalam tubuh setiap masa.  Bila jantung menguncup, ia memberi tekanan kepada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.  Sebaliknya bila jantung mengembang, darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke orga-organ pembuangan.  Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air kencing.  Bila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal.  Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.

Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh ( arteri ) tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu.  Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa.  Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis".  Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu.  Apabila fungsi organ terganggu, maka seseorang itu akan sakit.  Begitu juga bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak akan terbuang.   Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh.  Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit.  Penyakit terjadinya penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah "varicosevena".

Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran  atau sumbatan pada saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.  Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna.  Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid samada karbn dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.  

Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :

1) Kencing

2) Berak

3) Peluh

4) Pernafasan

bahawa betapa pentingnya penjagaan kedua-dua tapak kaki ini.  Gunalah kaedah urutan refleksologi ini dalam merawat / memperbetulkan fungsi-fungsi organ dalam badan.  Dengan urutan refleksologi ini ia akan melancarkan peredaran darah dalam badan sekaligus menyahkan punca kepada penyakit.  Urutlah refleksolohi dengan  memberi tumpuan kepada organ-organ yang disentuh.  Ini adalah kaedah terbaik Walau bagaimanapun, urutan refleksologi yang berterusan dan buat sekerap mungkin adalah sangat membantu mempercepatkan pulih dari sakit. Perlu diingat juga, urutan refleksologi hanya dapat merawat kes-kes ringan sahaja.  Untuk kes-kes berat ia perlu disertai dengan kaedah rawatan bekam.  Maka bekam selepas mendapat urutan refleksologi adalah sangat-sangat bagus.   

Tindakbalas Selepas Urutan Refleksologi

* Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa.  Kadang-kadang ada yang keluar berpasir.

* Bahagian-bahagian tertentu dari anggota akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian akan hilang dengan sendirinya atau kesakitan itu akan berpindah ke tempat lain.

* Rasa letih, lesu dan mengantuk.

* Timbul gatal-gatal pada kulit

* Berak cair atau berminyak

* Kepala terasa sakit

* Muntah-muntah

* Banyak buang angin

* Urat darah nampak timbul

* Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat

* Rasa lebih ringan dan lebih cergas

s




RAWATAN BAHU

Sakit leher merupakan masalah biasa yg sering dialami oleh semua orang. Apabila mengalami sakit leher, sudah pasti akan ada beberapa bahagian badan terlibat secara langsung. Iaitu sakit atau lenguh dibahagian bahu dan belikat.

Sakit leher / tengkuk boleh menyebabkab ketidak selesaan yg berpanjangan disamping membataskan pergerakan. Berikut merupakan punca sakit leher, tengkuk & bahu :

* kerap duduk mengadap komputer, tv & handfone dlm posisi statik.
* posisi kepala tidak stabil semasa tidur.
* terjatuh atau kemalangan sehingga berlaku hentakan dibahagian tengkuk.

Antara kesan yg dialami adalah : 
* sukar unt menoleh kepala ke kiri dan kanan.
* Tengkuk berasa tegang dan sakit apabila tunduk ke bawah.
* kerap lenguh dibahagian tengkuk dan bahu semasa bekerja.








RAWATAN KEPALA






Difinasi urutan terapi adalah satu tindakan untuk merawat tubuh badan denfan mengusap, menggosok atau seumpama dengannya untuk merangsang pengaliran atau meredakan tekanan.

Terapi ururan dapat memanipulasi tisu-tisu lembut pada tubuh untuk meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan meningkatkan pengaliran dan flexibiliti.

Urutan ini diamalkan oleh orang-orang melayu melalui proses turun-temurun lagi. Seseorang yg menghadapi kesakitan seperti demam, sakit seluruh badan, stress, urutan selepas bersalin, tersalah urat dan sebagainya akan mengamalkan kaedah ini unt kesembuhan.

Cara urutan bagi juruterapi kebiasaannya menggunakan tapak tangan, ibu jari, jejari, siku dan kadang kala kaki atas kesesuaian untuk memberikan tekanan pada otot di tempat-tempat berkenaan.

Apabila diamalkan secara betul, ianya dapat mempercepatkan proses penyembuhan kepada otot-otot yang cedera iaitu dapat meningkatkan bekalan oksigen kepada otot yang telah rosak

Ururan terapi ini boleh dilaksanakan mengikut kemampuan sekurang-kurang sebulan sekali.



Rawatan Alternatif iaitu rawatan akupunktur Akupunktur dan kelebihannya Mungkin ada yang pernah mendengar tentang rawatan akupunktur melalui media dan hiburan seperti filem-filem kung-fu dan sebagainya atau mungkin juga ada yang pernah mendapatkan rawatan akupunktur. Apa pun akupunktur tidak asing lagi dalam menjadi perawatan alternatif bagi masyarakat dunia. Apa itu Akupunktur? Akupunktur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai "acupuncture point" atau titik akupunktur. Jarum akupunktur yang sangat halus Tujuan akupunktur adalah untuk merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. Apabila jarum akupunktur dicucuk maka secara automatiknya saraf di kawasan yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah di kawasan tersebut. Akupunktur telah diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau. Maka ahli-ahli perubatan memberi penghormatan mereka kepada China walaupun akupunktur telah digunakan oleh masyarakat tamadun lain seperti orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno dan India. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Cina merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah di dalam perubatan akupunktur. Segala penemuan dan pemerhatian di dalam perawatan dicatit di dalam buku yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga pada hari ini. Malah Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk "Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine" pada tahun 2000 sebelum masihi. Buku yang diterjemahkan masih ada di simpanan seorang penulis di Beijing, China. Akupunktur dan Perubatan Islam Ramai yang tidak sedar bahawa akupunktur sebenarnya adalah pecahan daripada bekam yang merupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. Setelah sahabat Rasulullah s.a.w. tiba di China dalam memperkembangkan agama Allah maka perawatan bekam juga diperkenalkan di sana. Setelah berkurun lamanya orang China membuat kajian mengenai bekam maka mereka mendapati akupunktur adalah pecahan daripada bekam. Tetapi umat Islam perlu pentingkan bekam kerana ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan selain dapat meningkatkan mutu kesihatan umat Islam juga mendapat pahala dan syafaat di padang mahsyar kelak. Insya Allah. Akupunktur boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak ada pantang berbeza dengan bekam yang mana tidak semua orang boleh dibekam. Sebagai contoh pesakit kencing manis tahap yang serius tidak boleh dibekam kerana dikhuatiri kulitnya lambat sembuh. Boleh juga dibekam pesakit tersebut cuma mereka yang pakar sahaja tahu bagaimana melakukannya. Kelebihan Akupunktur Merangsang atau mengaktifkan saraf Menstabilkan pengaliran darah Menormalkan tekanan darahMerangsang tenaga ChiMengatasi pelbagai penyakitTidak menggunakan dadahTidak ada kesan sampinganKos efektif (tidak memerlukan belanja yang besar)Mengeluarkan bisa terkena sihir (jika ada)Melegakan kesakitanMengatasi kemurunganMeningkatkan kecerdasanMengatasi masalah rabunDan banyak lagi


BEKAM





SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DALAM BIDANG URUT DAN REFLEKSOLOGI




Kursus & latihan selama 2 hari refleksologi/urutan terapi.
Urut refleksologi berkumpulan mengikut kaedah setempat. Tempat disediakan oleh pihak penganjur sama ada di espo, evan, dewan, pejabat, rumah, majlis/program. 

PUSAT LATIHAN

 

REFLEX JARIKU SERVICES merupakan Pusat Latihan Kemahiran & Rawatan bagi bidang Refleksologi dan urutan terapi yg di lantik oleh JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN sebagai PUSAT PENYELARAS BAGI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA dlm bidang tersebut. 

Reflex Jariku Services juga bekerjasama dgn Pusat Kecemeelangan Ilmu Sepanjang Hayat (PEEKISH) beenaung d bawah Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU penglihatan Malaysia bagi  menguruskan Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang yg sama kepada golongan OKU Penglihatan.

Reflex Jariku Services telah membuka beberapa cawangan dan melantik kios kepunyaan oku penglihatan di setiap Negeri di Malaysia bagi memudahkan pusat ini untuk mengembangkan perniagaan dan mencurahkan ilmu serta rawatan kpd semua masyarakat dlm penjagaan kesihatan dengan kaedah perubatan tradisional .

Reflex Jariku Services telah merangka sukatan pengajian bagi bidang tersebut mengikut peraturan yg dkehendaki/ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK mengikut NOSE.. walau bagaimana pun Reflex Jariku Services akan tetap menjaga mutu dan kualiti yg sedia ada d pusat latihan kemahiran ini supaya pengeluaran produk kami akn sentiasa terpelihara dan terjamin.

Reflex Jariku Services telah mencipta pecahan sukatan pengajian sebanyak 7 sukatan daripada 10 sistem dan 64 poin supaya mudah unt di pelajari seperti berikut : 

1. Sistem perkencingan

2. Sistem penghadaman

3. Sistem jantung, limpa & saraf kepala

4. Sistem hormon & saraf tulang belakang

5. Sistem pernafasan

6. Sistem saraf tangan, kaki & telinga

7. sistem pertahanan

Untuk mempelajari keseluruhan sistem di dlm badan yang berada di tapak kaki mengambil masa selama 2 hari dengan syarat individu tersebut mempunyai asas refleksologi dgn kaedah rokshow tertakluk kpd kefahaman individu tersebut manakala sistem di tangan dan telinga pula memakan masa selama 1 hari seperti jadual berikut:

Hari pertama

1. mengenal apa itu refleksologi/terapi badan faedah & kebaikan , larangan, peralatan & pengenalan kaki/badan

2. mengenal titik2 refleksologi kaki /terapi badan

Hari ke dua

1. Penyediaan rawatan

2. Teknik & tekanan urutan

3. Praktikel & dan amali

KURSUS TAMBAHAN

1. Mengenal titik-titik reflek di tangan.

2. Mengenal titik-titik refleksologi telinga

3. Ujian kefahaman tiori dan amali

Setelah tamat pengajian peserta akan diberi  ssijil penyertaan kursus dan latihan kemahiran  yg ditanda tangani oleh Tenaga pengajar yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan penasihat Pusat ini. 

Kos pembayaran RM750 seorang(nota & peralatan disediakan) untuk 2 hari bagi normal penglihatan dan RM450 unt oku penglihatan manakala tambahan RM150 seorg unt kos kursus tambahan tersebut.

Pusat ini juga menyediakan pakej berkumpulan seperti berikut :

* pakej 1 : untuk 2 org rm1,300

* pakej 2 : untuk 4 org rm2,200

* pakej 3 : untuk 8 org rm3,600

Untuk menduduki peperiksaan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA dalam bidang tersebut wajib berpengalaman selama tiga tahun dan wajib menghadiri bengkel SKM selama 2 hari dengan bayaran RM900 seoeang (normal penglihatan) tertakluk kpd kelulusan temuduga calon manakala oku penglihatan hanya membayar RM250 unt kos bengkel sahaja, kos lain ditanggung oleh kerajaan seperti pecahan berikut:

1. Yuran peperiksaan dibayar kpd JPK rm300

2. Yuran bengkel dan pentadbiran RM600

Untuk makluman, SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM) ini akan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran sendiri selama 3 bulan bermula tarikh bengkel tersebut kerana bengkel tersebut juga dikendalikan oleh pihak JPK.

Berminat dan sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi hazira di talian 019-2525351


MAKLUMAT AKAUN BANK : AMBANK REFLEX JARIKU SERVICES : 0232-0220-02177


Yang menjalankan tugas ,

Noor Hazira Mohd Noor           Pengurus Pentadbiean & Kewangan Pusat Latihan Kemahiran & Rawatan Reflex Jariku Services Merangkap Pengerusi Pusat Kecemeelangan Ilmu Sepanjang Hayat (PERKISH), Penyelaras Sijil Kemahiran Malaysia (JPK), Bendahari pertibuhan & Bendahari Koperasi org buta.


SENARAI KURSUS & BENGKEL YANG TELAH DIADAKAN DI PUSAT INI



KURSUS URURAN REFLEKSOLOGI TARAPUTIK TANGAN

kursus ini akan diadakan seperti maklumat berikut:

1. Tarikh : 7 Mei 2017 (ahad)

2. Masa : 9.00 pg - 4.30 ptg

3. Tajuk : Urutan refleksologi taraputik tangan

4. Tenaga pengajar : DR. HIZANI PAKAR NOUS DARI JPK

5. Yuran penyertaan : RM100 unt oku dan rm150 unt org normal

6. Jumlah peserta : hanya 12 org diperlukan unt satu sesi ( yang hadir 7 org oku penglihatan & 2 org normal penglihatan)

7. Tempat kursus : Bilik latihan RJS no, 21a jln hernai 2 medan idaman gombak kl

8. Keperluan : hanya sijil dan nota disediakan.

Nota : berminat sila mendaftar sekarang sebab tempat terhad.di talian 0172515211










PROGRAM BENGKEL SKM SESI 1
11 - 12 Mach 2017



14 org Peserta  oku penglihatan yg mengambil sijil kemahiran malaysia dlm bidang refleksologi kaki, tangan dan telinga pd 12 Mach 2017 di bawah jabatan pembangunan kemahiran kementerian sumber manusia lulus dgn cemerlang. Tahniah semua.


Kursus refleksologi pd 11 mach 2017 seramai 16 org peserta selama sehari





PROGRAM BENGKEL SKM SESI KE 2
13 & 14 MEI 2017


Bengkel SKM dalam bidang urutan terapi dan refleksologi kaki, tangan dan telinga selama sehari pada 13 Mei 2017
Seramai 10 org calon oku penglihatan menduduki skm dalam bidang urutan terapi

Seramai 6 org calon oku penglihatan menduduki skm dlm bidang refleksologi kaki, tanfan dan telinga
Pd 14 Mei 2017 16 calon skm tersebut telah lulus dgn cemerlang



KURSUS SEHARI REFLEKSOLOGI TANGAN 
PADA 7 MEI 2017




SIJIL PENYERTAAN
SERAMAI 10 ORG PESERTA IAITU 8 ORG OKU PENGLIHATAN DAN 2 ORG NORMAL PENGLIGATAN


KURSUS & LATIHAN PERSEORANGAN
pada 12 & 13 Ogos 2017.
Peserta : seorang oku penglihatan dari pulau Pinang(Guru) & seorang dari putrajaya (Guru)

HARGA ROADSHOW

Pusat kami menyediakan pelbagai pakej untuk roadshow bagi kemudahan tuan/puan.






Ahad, 29 Januari 2017

FLAYES

jus durian belanda rm27 (1 liter) tdk termasuk pos bagus unt :

1. menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi seperti yg terjadi pd terapi kimo

2. melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan terutamanya kuman kanser ( mematikan kuman jahat dlm badan)

3. pesakit merasa lebih kuat dan sihat dan bertenaga semasa proses rawatan/pemulihan/penyembuhan.

cl/sms/wpp : 0192525351

Durian Belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo menurut satu kajian tertutup oleh pengusaha ubatan dunia.

Saya pernah mendengar petua orang tua-tua mengenai penggunaan durian belanda dalam pengubatan kanser (lebih tepat lagi kanser payu dara), walau bagaimanapun ia tidak begitu jelas dan petua ini juga tidak disebarkan dengan meluas.

Khasiatnya dalam pengubatan kanser telah dibuktikan menerusi kajian tertutup yang dinyatakan tadi kerana pengusaha farmasi tamak yang mahu mengkomersialkan tetapi mereka gagal untuk mempatentkan kerana “Di bawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.”

durian-belanda (1)

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Rahsia penyelidikan didedahkan oleh Institut Sains Kesihatan Amerika, mendapati pokok dan buahnya berupaya :

Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo
Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan
Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan
Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik
Ia juga telah diuji oleh sebuah pengusaha farmasi terbesar di Amerika di lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, di antaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban durian belanda, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan.

Durian belanda terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu durian belanda mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

durian-belanda-1

Sejak 1976, durian belanda telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam durian belanda, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahawa daun durian belanda mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

durian-belanda (2)

Khasiat Lain dan Petua Petua seluruh dunia
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan akar, kulit, dan daunnya untuk mengubati kencing manis.

Begitu juga suku asli Guyana membuat serbuk teh dari daun dan kulit pokoknya dijadikan tonik minuman untuk mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak dari daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan minyak zaitun untuk luaran mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti, dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut anak-anak, dan ubat cirit-birit

Kulitnya juga dipercaya dapat mengubati penyakit jantung dan batuk, di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu, di samping menghindari ketegangan.