Refleksologi bukanlah satu pengubatan. Dalam kaedah urutan refleksologi ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan. Rawatan melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan. Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari sakit.
Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan penyakit, akan tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus penyebab/punca kepada penyakit. Apabila punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna sudah selesai sakit tersebut/penyakit sudah pun sembuh.
PENGERTIAN URUT REFLEKSOLOGI
Merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.
TUJUAN / MANFAAT URUT REFLEKSOLOGI PADA TUBUH
Kaedah rawatan refleksologi ini mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dan memulihkan fungsi-fungsi anggta badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak. Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat. Jadi secara umumnya tujuan/manfaat rawatan refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.
CARA KERJA URUT REFLEKSOLOGI
Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapat kelegaan daripada sakit dan kesakitan yang kita lihat seperti sakit jantung, pointnya ada pada kaki sebelah kiri.
Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat di kanan dan kiri kaki.
Ia sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir di tapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.
Sebagaimana yang diketahui bahawa darah mengalir di dalam tubuh setiap masa. Bila jantung menguncup, ia memberi tekanan kepada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh. Sebaliknya bila jantung mengembang, darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke orga-organ pembuangan. Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air kencing. Bila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal. Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.
Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh ( arteri ) tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu. Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis". Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu. Apabila fungsi organ terganggu, maka seseorang itu akan sakit. Begitu juga bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak akan terbuang. Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh. Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit. Penyakit terjadinya penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah "varicosevena".
Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran atau sumbatan pada saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya. Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna. Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid samada karbn dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.
Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :
1) Kencing
2) Berak
3) Peluh
4) Pernafasan
bahawa betapa pentingnya penjagaan kedua-dua tapak kaki ini. Gunalah kaedah urutan refleksologi ini dalam merawat / memperbetulkan fungsi-fungsi organ dalam badan. Dengan urutan refleksologi ini ia akan melancarkan peredaran darah dalam badan sekaligus menyahkan punca kepada penyakit. Urutlah refleksolohi dengan memberi tumpuan kepada organ-organ yang disentuh. Ini adalah kaedah terbaik Walau bagaimanapun, urutan refleksologi yang berterusan dan buat sekerap mungkin adalah sangat membantu mempercepatkan pulih dari sakit. Perlu diingat juga, urutan refleksologi hanya dapat merawat kes-kes ringan sahaja. Untuk kes-kes berat ia perlu disertai dengan kaedah rawatan bekam. Maka bekam selepas mendapat urutan refleksologi adalah sangat-sangat bagus.
Tindakbalas Selepas Urutan Refleksologi
* Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa. Kadang-kadang ada yang keluar berpasir.
* Bahagian-bahagian tertentu dari anggota akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian akan hilang dengan sendirinya atau kesakitan itu akan berpindah ke tempat lain.
* Rasa letih, lesu dan mengantuk.
* Timbul gatal-gatal pada kulit
* Berak cair atau berminyak
* Kepala terasa sakit
* Muntah-muntah
* Banyak buang angin
* Urat darah nampak timbul
* Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat
* Rasa lebih ringan dan lebih cergas
s
Terapi ururan dapat memanipulasi tisu-tisu lembut pada tubuh untuk meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan meningkatkan pengaliran dan flexibiliti.
Urutan ini diamalkan oleh orang-orang melayu melalui proses turun-temurun lagi. Seseorang yg menghadapi kesakitan seperti demam, sakit seluruh badan, stress, urutan selepas bersalin, tersalah urat dan sebagainya akan mengamalkan kaedah ini unt kesembuhan.
Cara urutan bagi juruterapi kebiasaannya menggunakan tapak tangan, ibu jari, jejari, siku dan kadang kala kaki atas kesesuaian untuk memberikan tekanan pada otot di tempat-tempat berkenaan.
Apabila diamalkan secara betul, ianya dapat mempercepatkan proses penyembuhan kepada otot-otot yang cedera iaitu dapat meningkatkan bekalan oksigen kepada otot yang telah rosak
Ururan terapi ini boleh dilaksanakan mengikut kemampuan sekurang-kurang sebulan sekali.