Ahad, 13 Ogos 2017

REFLEX JARIKU SERVICES

Reflex Jariku Services merupakan sebuah Pusat Rawatan & Latihan yang bertaraf bumiputera dan dimiliki sepenuhnya oleh oku penglihatan. Reflex Jariku Services telah beroperasi dan didaftarkan di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia bermula awal April 2004. Reflex Jariku Services mempunyai pekerja oku penglihatan seramai 15 orang yang berkhidmat di HQ, Uptown Danau Kota Kl termasuk Cawangan Ipoh Perak. Mereka ini mempunya Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang tersebut yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dan sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia 

Reflex Jariku Services di HQ terletak di alamat no. 21a jln jernai 2 medan idaman gombak kl dan beroperasi dari jam 11.00 pg - 8.00 mlm setiap hari kecuali hari jumaat ditutup.

Reflex Jariku Services Cawangan Uptown Danau Kota pula terletak di bazar larut mlm uptown danau kota setapak kl berhadapan dgn stesen minyak shell dan beroperasi dari jam 10.00 mlm - 3.00 pg setiap hari kecuali mlm isnin dan selasa.

Cawangan Ipoh Perak pula beroperasi di alamat Sb13 tingkat bawah medan selera angsana mall ipoh jln hospital greentown ipoh perak. Beroperasi jam 10.00 pg - 8.00mlm setiap hari.

Pusat Latihan ini mempunyai seorang tenaga pengajar yang pakar dalam bidang NOSS yang dilantik oleh pihak JPK dan juga 2 orang tenaga pengajar terdiri daripada oku penglihatan lantikan daripada pihak JPK. Pusat latihan ini juga mempunyai seorang penasihat iaitu YBhg. Temenggong Datuk Jaffry Ayah@Yahya (Speaker Trainer Kementerian  Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia) membolehkan Pusat ini bergerak lebih jauh lagi.

Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kemudahan penginapan dan pengangkutan bagi pekerja dan peserta kursus yg tinggal jauh, Masa cuti/rehat yang mencukupi, komisyen yang tinggi dan lain-lain lagi.

Perkhidmatan yang di sediakan di Pusat ini adalah seperti
1. Pusat latihan  yang berkaitan bidang Refleksoligi dan Terapi Badan
2. Mengurus dan sebagai penyelaras bengkel Sijil Kemahiran Malaysia unt semua golongan.
3. Sebagai tempat rawatan
4. Tempahan roadshow/hause call di semua tempat dan kawasan termasuk disetiap negeri di Malaysia.

Buat pengetahuan semua, pusat ini bekerjasama  dan dibawah naungan Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan  Malaysia juga dibantu dan disokong oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKl serta Jabatan Tenaga Kerja WPKL melalui SBGOKU.

Pusat ini amat menghargai jasa baik dan keperihatinan di setiap pengorbanan dan perkongsian rezeki dalam apa jua bentuk kepada kami warga cacat penglihatan.

Carta organisasi

1. Ybhg temenggong Datuk Jaffty (penasihat)

2. Mohd faiz(pengurus operasi & tenaga pengajar)

3. Noor hazira (pengurus pentadbiran & kewangan)

4. Zabariah (pengurus cawangan ipoh perak)

5. Mohd hafiz(pengurus cawangan uptown danau kota kl)

Juru urut di uptown dan hq 1. Mohd ramzi                       2. Mohd hizami                      3. Mohd hafiz                        4. Hadi                                    5. Sulaiman                             6. Abu hurairah                      7. Zaren                                   8. Mohd faiz                           9. Noor hazira                        10. Mazli syah (pemandu van)

Juru urut di cawangan ipoh perak                                        1. Shahrizal                             2. Zul haziq                            3. Azizi                                     4. Aida                                     5. Zabariah                             6. Syakirin (pemandu kereta)


Cawangan uptown danau 


Kursus/latihan

Isnin, 7 Ogos 2017

Akupuncture

Rawatan Alternatif iaitu rawatan akupunktur Akupunktur dan kelebihannya Mungkin ada yang pernah mendengar tentang rawatan akupunktur melalui media dan hiburan seperti filem-filem kung-fu dan sebagainya atau mungkin juga ada yang pernah mendapatkan rawatan akupunktur. Apa pun akupunktur tidak asing lagi dalam menjadi perawatan alternatif bagi masyarakat dunia. Apa itu Akupunktur? Akupunktur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai "acupuncture point" atau titik akupunktur. Jarum akupunktur yang sangat halus Tujuan akupunktur adalah untuk merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. Apabila jarum akupunktur dicucuk maka secara automatiknya saraf di kawasan yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah di kawasan tersebut. Akupunktur telah diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau. Maka ahli-ahli perubatan memberi penghormatan mereka kepada China walaupun akupunktur telah digunakan oleh masyarakat tamadun lain seperti orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno dan India. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Cina merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah di dalam perubatan akupunktur. Segala penemuan dan pemerhatian di dalam perawatan dicatit di dalam buku yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga pada hari ini. Malah Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk "Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine" pada tahun 2000 sebelum masihi. Buku yang diterjemahkan masih ada di simpanan seorang penulis di Beijing, China. Akupunktur dan Perubatan Islam Ramai yang tidak sedar bahawa akupunktur sebenarnya adalah pecahan daripada bekam yang merupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. Setelah sahabat Rasulullah s.a.w. tiba di China dalam memperkembangkan agama Allah maka perawatan bekam juga diperkenalkan di sana. Setelah berkurun lamanya orang China membuat kajian mengenai bekam maka mereka mendapati akupunktur adalah pecahan daripada bekam. Tetapi umat Islam perlu pentingkan bekam kerana ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan selain dapat meningkatkan mutu kesihatan umat Islam juga mendapat pahala dan syafaat di padang mahsyar kelak. Insya Allah. Akupunktur boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak ada pantang berbeza dengan bekam yang mana tidak semua orang boleh dibekam. Sebagai contoh pesakit kencing manis tahap yang serius tidak boleh dibekam kerana dikhuatiri kulitnya lambat sembuh. Boleh juga dibekam pesakit tersebut cuma mereka yang pakar sahaja tahu bagaimana melakukannya. Kelebihan Akupunktur Merangsang atau mengaktifkan saraf Menstabilkan pengaliran darah Menormalkan tekanan darahMerangsang tenaga ChiMengatasi pelbagai penyakitTidak menggunakan dadahTidak ada kesan sampinganKos efektif (tidak memerlukan belanja yang besar)Mengeluarkan bisa terkena sihir (jika ada)Melegakan kesakitanMengatasi kemurunganMeningkatkan kecerdasanMengatasi masalah rabunDan banyak lagi

Rabu, 2 Ogos 2017

APA ITU BEKAM

Rawatan Bekam Sunnah 
"Mencegah Dan Merawat Penyakit Dengan Berbekam"

Apa Itu Bekam ?

Secara mudahnya, bekam atau berbekam adalah merupakan proses membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris pula ianya disebut sebagai Cupping.

Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Di antara sebab atau punca kehadiran toksin di dalam tubuh badan manusia ialah pencemaran udara, kandungan makanan masa kini yang mengandungi zat kimia yang tidak baik seperti bahan pengawet, pewarna, bahan berisa dan seumpamanya. Hasil pertanian yang diurus secara moden juga tidak ketinggalan dari masalah racun makhluk perosak. Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah ini. Tidak ketinggalan juga penggunaan ubat-ubatan moden yang bersumberkan bahan kimia, yang mampu memberikan kesan sampingan merosakkan organ dan mikro organisma baik di dalam sistem tubuh badan.

Darah kotor yang mengandungi toksin ini juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah daripada berjalan lancar.

KEUTAMAAN BERBEKAM.

Di dalam agama Islam, amalan berbekam adalah merupakan sunnah para rasul, sebagaimana yang tertera di dalam hadis yang bermaksud :

“ Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.” ( Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas)

Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini. Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :

Dalam riwayat Tirmizi  dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :

“ Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun  pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam! ’” (Sohihul Jami’ : 5671)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a :

“ Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam! ”(Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).

Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat pula menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam. Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan

Selain daripada dua hadis yang telah dinyatakan di atas tadi, tedapat beberapa lagi hadis yang berbicara mengenai kehebatan amalan bekam. Ini sekali lagi menunjukkan betapa aktiviti berbekam itu mempunyai manfaat yang besar kepada umat manusia, dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.

Silalah memperhalusi hadis-hadis lain bagi memperkuatkan keyakinan anda terhadap kegiatan bekam sebagai penyembuh dan pencegah penyakit yang sangat berkesan :

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat.

KEBAIKAN BERBEKAM

Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.Membantu menghilangkan pening dan migrain.Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Tidak Boleh Makan Sekurangnya 1 JAM SEBELUM Berbekam Sebaik 3 JAM.Tidak Boleh Makan 1 JAM SELEPAS BerbekamDi Galakkan Minum Air Bergula atau MADU SELEPAS Berbekam.

SYARAT UNTUK BERBEKAM

Tidak Boleh Makan Sekurangnya 1 JAM SEBELUM Berbekam Sebaik 3 JAM.Tidak Boleh Makan 1 JAM SELEPAS BerbekamDi Galakkan Minum Air Bergula atau MADU SELEPAS Berbekam.

KAEDAH BEKAM

Kaedah rawatan akan dilakukan di titik-titik penting di kawasan organ utama badan dan juga titik sunnah.Melalui proses ini sel darah merah yang mati dan toksid serta angin dapat di keluarkan dari dalam badan.Selepas berbekam darah kotor akan keluar agak bertali & tempat dibekam akan kelihatan berwana kehitaman.

HARI YANG DIGALAKKAN BERBEKAM

Hari yang sangat baik untuk berbekam ialah ISNIN, SELASA dan KHAMIS. Sementara hari yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah pada hari RABU dan malam Rabu.Sementara tarikh yang terbaik untuk berbekam di dalam sebulan ialah pada 17, 19 dan 21 haribulan pada bulan Islam Pada tarikh-tarikh ini, darah kotor akan keluar di dalam kuantiti yang lebih banyak.

KEKERAPAN BERBEKAM

Bagi orang yang sihat tubuh badan, disyorkan berbekam setiap 4 bulan, pada pertengahan bulan Islam iaitu pada 17, 19, dan 21 haribulan secara istiqamah.Bagi yang berpenyakit, dan mahu merawat penyakit tersebut melalui kaedah bekam, disyorkan berbekam sebulan sekali, sebanyak tiga kali berturut-turut di peringkat awal. Kemudian, setelah sembuh, bolehlah berbekam 4 bulan sekali sebagaimana orang sihat.